Hotel Disempadan Thailand Berhantu
Hotel disempadan Thailand berhantu? Ya, itulah yang akan aku beritahu kepada korang semua yang suka masuk keluar Thailand dengan Malysia sesuka hati korang tanpa mengetahui pekara yang sebenar, hahaha. Ini bukanlah satu cerita rekaan ataupun rancangan hiburan, tetapi ini adalah satu kisah yang betul-betul terjadi kepada aku dan juga kawan aku.Kisah ni berlaku lebih kurang 4,5 bulan yang lepas la, semasa aku dan sorang lagi kawan aku masuk ke Thailand untuk menghantar seorang kawan kami yang tinggal disana. Maklumlakan, dah alang-alang sampai disana, kami pun chek-in la sebuah hotel yang ada disitu. Kalau tak salah aku la, kami sampai sana time tengahari. Jadi, kami tak keluar mana-mana la sebab waktu tu panas sangat. Kawasan hotel tu betul-betul dekat dengan tempat pemeriksaan kastam Thailand, kalau korang pergi sana, hotel tu la yang mula-mula akan korang nampak di sebelah kanan.
Nama hotel tu aku tak nak bagitau la nama apa, biar korang rasa sendiri pengalaman seram kalau korang chek-in kat situ, hahaha. Masa mula-mula kami masuk hotel tu, memang tak ramai orang yang ada kat situ, yang ada pun pekerja-pekerja kat situ ja. Jadi, bila dah dapat bilik dekat tinggkat 5, kami pun terus la naik lif. Time tu, tak rasa apa-apa yang pelik la, sebab siang, haha. Bila dah rehat-rehat apa semua, petang tu kami keluar ronda-ronda dekat kawasan tu.. Thailand mau tau ar cam na kan??? hahahaha..
Dekat nak maghrib baru la kami balik semula dekat hotel kami. Macam biasa, dalam hotel tu yang kami nampak cuma ada sorang pekerja lelaki dan sorang pekerja perempuan, tu pun depa dok dekat kawasan lobi ja. Kalau tinggkat lain tak tau la kan, ada orang ke tak. Jadi macam biasa, kami kena gunakan lif untuk sampai ke bilik kami dekat tinggkat 5 tu. Masa lif sampai di tinggkat 2 tu, kami ada bau minyak urut kuat gila, sampai naik pening kepala aku. Dalam hati ni, aku dok fikir, mungkin tinggkat 2 tu tempat urut agaknya.
Sampai la lif berhenti ditinggkat 5, baru la bau tu hilang. Aku ingat aku sorang ja yang bau, tapi kawan aku pun bau jugak minyak urut tadi. Lepas mandi apa semua, malam tu kami keluar la pula dalam pukul 9 lebih macam tu la nak cari makanan. Jadi kami tak pi jauh-jauh, kami cari kedai yang dekat dengan kawasan hotel tu ja. Habis ja makan, kawan aku ni ajak pula pi karaoke, haaa .. pa lagi, aku pun ikut la. Menyanyi punya menyanyi, sampai la pukol 12 lebih dah, kami pun balik la semula dekat hotel tu.
Kisah Hotel Disempadan Thailand Berhantu Bermula
Sampai ja dekat hotel tu, kawan aku ni pun tanya la dekat salah sorang pekerja disitu kenapa tak ramai orang di hotel tu. Yala kan, dari tengahari tadi sampai la ke malam, cuma nampak pekerja hotel tu ja, siapa yang tak pelik kan. Kata pekerja kat situ, hotel yang kami duduk tu memang tak ada orang sejak 2,3 hari yang lepas sebab, ramai yang pergi ke Hatnyai sebab ada pesta apa ntah. Jadi yang chek-in hotel pada malam tu cuma kami dan 3 orang lagi yang tinggal di tinggkat lain.
Aku pun mula la fikir yang pelik-pelik, rasa macam nak luku kepala pekerja tu sebab tak bagitau awal-awal dekat kami. Aku dengan kawan aku ni pun balik la semula ke bilik kami yang ada kat tinggkat 5 tu, memandangkan mata kami pun dah mengantuk. Macam biasa, kena la guna lif kalau nak sampai cepat. Bila masuk dalam lif tu, kawan aku ni dia punya seronok, dia tekan semua nombor yang ada pada lif tu, yang paling tinggi sekali tinggkat 8.
Bila dah tekan semua, maknanya lif akan terbuka pada setiap tinggkat la. Masa dekat tinggkat satu tu, kami tak rasa apa-apa lagi, sampai la lif berhenti dekat tinggkat 2, baru kami rasa seram sikit. Dengan pintu lif yang terbuka, tak ada orang pula kat luar tu, jadi baru la kawan aku ni menyesal sebab pi tekan semua nombor lif tu.
Masa lif sedang bergerak nak naik ke tinggkat 3, bau minyak urut tu sekali lagi kami bau. Kali ni memang power la, bau minyak tu memang kuat. Dalam hati aku ni berzikir la apa yang patut, kawan aku ni senyap dah, mungkin menyesal agaknya.
Masa lif sampai di tinggkat 3, pintu lif tiba-tiba ja tak mau tutup. Puas kawan aku ni tekan button tutup, tapi dia akan terbuka balik, macam ada orang tekan dari luar. Time tu, meremang bulu tengkok aku dan aku tengok kawan aku ni tekan button tutup berkali-kali, tapi pintu lif tu tetap tak mau tutup. Kawan aku tengok aku, dan aku pun tengok dia, sama-sama ketakutan, hahaha.
Apa lagi, kawan aku terus lari keluar daripada lif tu, dan diikuti oleh lelaki yang macho iaitu aku, berlari menggunakan tangga untuk sampai ke bilik kami yang ada di tinggkat 5. Aku tak ingat berapa kelajuan kami berlari waktu tu, tapi memang laju la sambil mulut ni berzikir sebab terlampau takut, haha. Kebetulan pula, bilik kami tu, betul-betul di hadapan dengan lif, jadi kami boleh la lihat nombor lif sedang bergerak ke tinggkat 4 menuju ke tinggkat 5, iaitu tinggkat kami.
Aku punya la suruh kawan aku ni cepat-cepat buka pintu, sebab lif akan terbuka dalam beberapa saat ja lagi, memandangkan lif pun sudah berada di tinggkat 4 dan akan sampai ke tinggkat kami. Bila pintu bilik boleh dibuka, apa lagi terus serbu masuk dan menutup pintu sekuat hati dan perut, sebab terlalu gembira.
Masa kami tutup pintu bilik, baru kami dengar bunyi pintu lif terbuka, dan tertutup. Aku dengan kawan aku tengok sesama sendiri, dan kami tak cuba lihat apa yang ada dalam lif tu. Tak tidur kami malam tu, sebab takut, hahaha.
Esok tu, kami terus kemas-kemas dan balik ke Kedah. Dalam perjalanan pulang tu, aku dengan kawan aku ketawa mengingatkan apa yang jadi dekat kami malam tu. Kenapa pintu lif tak mau tutup bila sampai di tinggkat 3, dan dari mana datangnya bau minyak urut masa dalam lif tu??? Semuanya masih menjadi pertanyaan bagi aku dan kawan aku sampai la ke hari ini.
Nasihat aku kepada korang la, kalau korang pergi ke sana, jangan lupa chek-in hotel yang berada di sebelah kanan masuk sempadan Thailand-Malaysia tau. Mana la tahu, korang pula yang rasa, hahaha.
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Hotel Disempadan Thailand Berhantu