Best Ke Filem Jalan Puncak Alam
Best ke Filem Jalan Puncak Alam yang baru-baru ini telah dikeluarkan di pawagam seluruh Malaysia? Pada pendapat aku la kan, Filem Jalan Puncak Alam ni kurang menarik dan best sebabnya, pada penghujung cerita ini macam tidak ada penyelasaian apa yang berlaku sebenarnya. Mungkin kalau kita dengar tajuknya pun mesti sudah nampak macam seram ja kan? Tapi bila aku tonton sampai habis cerita seram tu, aku terus mengaru-garukan kepala aku walaupun aku sedang pakai topi time tu.. hahaha."Apa yang jadi dekat pemandu kereta kancil tu?," sambil aku kata dalam hati memikirkan ending cerita tu. Ingatkan ada lagi, rupa-rupanya habis macam tu ja. Menyesal pulak aku tengok, tapi bagi korang aku tak tau la pula macam mana pendapat korang tentang jalan cerita Filem Jalan Puncak Alam tu kan?, mungkin ada yang kata best, seram, takut dan menarik. Tapi bagi aku la, Filem Jalan Puncak Alam ni aku bagi 3 setengah bintang ja sebab tidak mencapai target aku sebagai seorang penonton Filem Seram .. hahaha.
Jalan Cerita Filem Jalan Puncak Alam
Pasal jalan ceritanya pula, aku rasa korang pun sudah tahu kan macam mana? Kisah mengenai seorang kawan bernama Azizi yang meminta tolong rakannya datang untuk membantu sewaktu motosikalnya kehabisan minyak semasa melalui Jalan Puncak Alam. Tapi lain pula yang jadi apabila rakannya yang datang untuk membantunya telah mengalami satu peristiwa yang seram, apabila kawannya telah diganggu oleh makhluk halus semasa dalam perjalanan untuk mengambil Azizi.
Haa .. lebih kurang macam tu la jalan ceritanya yang memang nampak seram dan best kalau tidak menontonnya lagi. Tapi selepas menontonya, hmm .. hampeh la pula rasanya, haha. Tapi memang betul la, Jalan Puncak Alam tu ada menyimpan misterinya yang tersendiri, dan pernah dialami sendiri oleh beberapa penuntut kolej disitu.
Puncak Alam juga la tempat dimana Altanttuya mati dibunuh dan dibom mayatnya sampai berkecai, dan pembunuhnya sampai sekarang pun tak jumpa lagi. Haaa .. macam tu la serba sedikit yang aku nak bagitau dekat korang mengenai pendapat aku tentang Filem Jalan Puncak Alam ni. Kalau korang nak rasa sendiri pengalaman seram, boleh la korang pergi ke sana pada waktu malam, hahaha...
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Best Ke Filem Jalan Puncak Alam