Best Ke Filem Pilot Cafe
Best ke Filem Pilot Cafe? Haa, itulah tajuk dan pertanyaan yang bermain dalam fikiran aku selepas menontonya baru-baru ini seorang diri. Maklumla kan, nak pi tengok wayang tak ada awek nak ditemankan, hahaha. Filem Pilot Cefe ni bagi aku la, memang double triple best dan sedih sangat-sangat sampaikan aku tak sanggup untuk menontonnya buat kali yang kedua.Jalan cerita Filem tu memang betul-betul menyayat hati dan membelah jiwa bagi sesiapa yang menontonya, hahaha, walaupun aku ni seorang yang payah dan susah nak menangis kalau tonton cerita-cerita kelakar ni. Tapi selepas menonton Pilot Cafe ni, aku rasa macam aku pulak yang belakon dalam tu menggantikan Fahrin Ahmad yang beul-betul power lakonan dia.
Jalan Cerita Filem Pilot Cafe
Jalan cerita yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang dulunya seorang pilot dan juga seorang 'Playboy', akhirnya insaf selepas melihat seorang kawannya (aku tak ingat nama kawan dia) mati didalam satu kemalangan helikopter yang ngeri. Selepas itu Amir (Fahrin Ahmad) membuka sebuah cefe yang diberi nama Pilot Cafe dan mengingati kembali dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Apa yang paling dia menyesal sekali adalah dia meninggalkan Neelofa dalam keadaan mengandung dan tak mahu bertanggungjawab.
Tapi, pada satu malam dia terdengar ada suara perempuan menangis berhampiran dengan kawasan rumahnya, dan mendapati Izara Aisyah sedang dalam ketakutan pada waktu itu kerana dikejar oleh Bapak Ayam. Fahrin Ahmad membantu Izara Aisyah yang pertama kali baru datang ke Kuala Lumpur dan menjaganya. Sehinggalah Fahrin Ahmad mula rasa sayang dan cinta pada Izara Aisyah, tetapi disebalik itu semua ada tersimpan satu rahsia yang bakal mengubah segala-galanya.
Bagi memendekkan cerita ini, aku cerita pada part terakhir sekali la senang memandangkan korang semua pun dah tonton cerita Pilot Cafe ni aku rasa, hahaha. Akhirnya, Fahrin kecewa setelah Izara Aisyah kembali kepada kekasihnya semula, manakala Neelofa sanggup menunggu suaminya pulang daripada London kononya untuk menerima rawatan sakit apa ntah. Jadi, tinggal lah Fahrin Ahmad kesorangan mengenang akan kesalahan yang pernah dilakukan nya dulu.
Haaa, tapi cerita Pilot Cafe ni jauh lebih sedih berbanding daripada cerita aku ni kan haha.
Filem Pilot Cafe ni akan ada sambungannya aku rasa, sebab diakhir cerita itu penerbit ada menunjukan 'Tamat Bahagian Satu', maknanya ada la nanti bahagian ke-dua yang mungkin digantikan Fahrin Ahmad dengan aku sebagai watak Amir nanti, hahahaha.
Apa-apa pun cerita Pilot Cafe ni memang betul-betul best dan sedih. Aku harap ada la nanti sambungan dia yang jauh lebih sedih daripada yang mula, hahaha. Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Best Ke Filem Pilot Cafe