Aduhai Harga Minyak Naik Pula
Aduhai harga minyak naik pula dah. Haaa, itulah keluhan para rakyat jelata di negara Malaysia yang makin lama, makin menyusahkan rakyatnya. Baru tadi aku baca satu artikal daripada Sinar Harian yang mengatakan harga petrol RON95 dan RON97 akan naik pada malam ni juga. Bukan petrol saja, diesel pun naik juga kalau korang nak tau. Haa, lepas ni lagi kaya la menteri-menteri pasola dalam Malaysia ni, yang mana sokong tu, hamapa sokong la, sebab hampa kaya.Harga Minyak RON 97 Dan RON95 Naik Pula
Kata menteri Perdagangan, harga baru bagi RON95 adalah RM2.05 seliter, manakala harga RON97 pula RM2.35 seliter. Harga diesel pula dia kata akan naik jadi RM2.05 seliter dan harga tersebut akan mula dikuat kuasa pada pukul 12.01 pagi mulai 1 jun. Maknanya, malam ni la harga minyak akan naik. Jadi, kepada yang tak bubuh minyak lagi, boleh la korang pi bubuh sekarang ataupun bila-bila, hahaha.
Inilah negara Malaysia yang semakin lama, semakin maju ditadbir oleh kerajaan yang baik hati serta faham akan perasaan rakyatnya. Dalam satu hadis Nabi s.a.w. ada mengatakan,
"Lima bala akan terjadi pada akhir zaman nanti disebabkan lima perkara iaitu :
- Penyakit yang tiada ubatnya dengan sebab banyak berlakunya zina.
- Susah untuk mencari rezeki disebabkan harga barangan naik, dan banyak berlaku zalim kerana ramai yang menipu.
- Berlaku kemarau kerana ramai yang tidak mengeluarkan zakat.
- Musuh Islam menguasai umat Islam disebabkan umat Islam mungkir janji kepada Allah.
- Berperang sesama sendiri yang menyebabkan rakyat akan membiarkan pemerintah meninggalkan hukum Islam"
Hadis riwayat Ibnu Majah
Haa, cuba la korang perhatikan hadis Nabi tersebut, apakah semua tu tak terjadi lagi dalam negara kita? Lepas ni, kalau harga minyak naik, mesti barang-barang lain pun akan naik juga, kalau tak percaya korang tengok la. Dulu sebelum pilihanraya, berjanji tak akan menaikan harga minyak, tapi bila dah selesai, semua harga naik, siap ada GST lagi. Padan muka hampa yang sokong sangat, hahaha.
Peduli apa aku, yang penting aku tak sokong kezaliman, dan dekat akhirat nanti jawab la orang-orang yang sokong kezaliman depan Allah s.w.t. Lepas ni, apa benda yang nak naik pun tak tahu la, mungkin harga minyak angin ataupun minyak dagu agaknya, hahaha.
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Aduhai Harga Minyak Naik Pula