Hukuman Rotan Di Malaysia Zalim
Hukuman rotan di Malaysia zalim, ya memang zalim dan kejam. Mungkin ada yang tak tahu cara hukuman rotan yang betul di dalam Islam. Haa, kali ni mungkin pendapat aku akan mencetuskan kontroversi dan akan menjadi satu isu panas didalam Malaysia, hahaha. Sebab apa zaman sekarang ni bila ada saja kes-kes zina, mesti kena sebat dengan kejam, contohnya macam kes rogol la katakan. Orang yang kena sebat tu, mesti teruk dikerjakan dengan si Penyebat tu kan? ada yang sampai cacat hingga hari tua depa.Bagi hukuman orang yang berzina adalah, dengan merotan sebanyak 100 kali, tapi bukan dengan merotan macam dalam Malaysia ni, tu bukan merotan orang panggil, tapi membunuh. Ulama-ulama Islam ada menetapkan, apabila nak menghukum seorang penzina, mestilah menggunakan pemukul yang tidak boleh membunuh contohnya macam rotan, kayu dan lain-lain lagi.
Rotan tu bukanlah rotan yang macam digunakan sekarang ni, tapi rotan yang mesti digunakan adalah tidak besar sangat sampai boleh mematahkan tulang, dan juga rotan tu mestila tidak halus sangat, sampai boleh melukakan. Cuba korang tengok rotan yang digunakan sekarang ni dalam Malaysia macam mana. Silap-silap, tak kena sebat lagi mesti korang dah pengsan, hahaha.
Lagi satu, bila sedang melakukan hukuman, HARAM memukul pada kawasan muka dan kemaluan, sebab bagi mengelakkan kecacatan wajah dan juga kematian. Kalau cara pukulan tu, metilah sederhana saja, tidak terlalu kuat dan juga tidak terlalu perlahan. Ni kalau kita tengok cara pukulan sekarang ni macam mana? Korang pun boleh bayangkan macam mana? Ada yang sampai pengsan bila kena satu saja pukulan, ini adalah ZALIM.
Tujuan sebenar melakukan hukuman menurut Islam ni, bukanlah untuk membunuh, tapi hanya untuk memberikan keinsafan kepada pesalah tu saja. Tapi, cara hukuman rotan yang ada dalam penjara sekarang ni adalah Haram sebab, memukul terlampau kuat hinggakan mengoyakkan kulit dan juga daging pesalah terbabit.
Cara Pakaian Sewaktu Melakukan Hukuman Rotan
Cara pakaian sewaktu pesalah nak terima hukuman pula, mestilah dalam keadaan sempurna dalam pemakaiannya, bukannya menelanjangkan pesalah sewaktu menerima hukuman, macam sekarang ni. Haram hukumnya kalau menelanjangkan pesalah semasa hukuman rotan dijalankan, macam dalam penjara sekarang ni.
Pesalah lelaki mestilah berada dalam keadaan berdiri, dan pesalah perempuan pula mestilah dalam keadaan duduk semasa menerima hukuman. Sewaktu hukuman rotan dijalankan, pukulan mestilah dikenakan pada beberapa tempat pada badan, dan Haram hukumnya kalau memukul pada tempat yang sama. Kalau macam sekarang ni, satu tempat ja depa pukul, sampai terkoyak kulit-kulit. Nak buat macam mana kan, dah pemimpin pun tak mau ambil tau pasai Agama, jadi macam ni.
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Hukuman Rotan Di Malaysia Zalim