Kisah Aku Membuat Blog

Kisah Aku Membuat Blog

Kisah aku membuat blog? Haaa .. ni la tajuk entri pertama aku yang akan aku terbitkan melalui blog baru aku ni, haha. Cantik tak blog baru aku ni? Mesti cantik la tu kan? Baiklah, mula-mula sekali apa yang aku nak kongsikan kepada korang semua ni bukan la satu kisah yang palsu, tetapi ini adalah satu kisah yang betul-betul pernah aku alami sepanjang aku buat blog ni.

Blog ni juga kalau tak salah aku la, adalah blog yang ke 6 ataupun yang ketujuh pernah aku buat sejak awal tahun 2015 ni. Haa, power tak? haha .. tapi apakan daya, jodoh aku dengan blog-blog aku yang lain tidak panjang apabila aku men'delate' kesemua blog aku akibat daripada perasaan tidak puas hati dengan pencapaian mereka, maklumlakan benda free.

Haa .. dah macam orang pulak aku layan blog ni kan. Tapi tak pa, kali ni aku rasa aku kena buat yang terbaik dan terhebat untuk bersaing dengan bloger-bloger lain yang hebat dekat luar sana tu untuk memastikan yang usaha dan kerja kuat aku dalam dunia blogger ni akan terhasil dengan jayanya, hahaha (gelak sambil berjalan)

Bukan semua orang terus berjaya dengan sekali percubaan kan? Macam tu jugak la aku, berkali-kali cuba dan ters mencuba demi memastikan blog aku ni akan menjadi salah satu blog yang menjadi kegilaan dan histeria bagi wanita dan gadis-gadis diluar sana tu.. haha.

Pencapaian Salah Satu Blog Yang Pernah Aku Buat

Kisah Aku Membuat Blog

Haa .. ini adalah salah satu blog yang pernah aku buat semasa aku masih lagi menyanginya, dan kini aku secara rasminya men'delate' beliau kerana aku merasa bosan dengan sikapnya. Nama blog itu terpaksa aku rahsiakan kerana aku tidak mau lagi ingat kepadanya.. haha (dah macam orang sawan dah)

Mungkin korang ingat aku ni gila ataupun taksub dengan blog ni, tapi aku tak kisah demi untuk mencari dan mengupas mengenai dunia blogger ini, dan sudah sampai masanya untuk aku mencari dan menyerang kekuatan blogger-blogger lain yang jauh lebih hebat daripada aku..

Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Kisah Aku Membuat Blog