Misteri Jalan Highway Bujang
Misteri Jalan Highway Bujang, haaa ..bersempena dengan kisah Jalan Puncak Alam yang kononnya sebuah filem seram abad ini telah pun berlalu dan kini sudah sampai masanya untuk aku pula menerbitkan sebuah lagi cerita seram yang misteri iaitu, Misteri Jalan Highway Bujang, hahaha..
Tapi, ini bukanlah sebuah Filem, ini adalah satu kisah dan cerita yang benar lagi sahih yang pernah aku dengar melalui cerita daripada orang-orang yang pernah diganggu apabila melalui Highway tersebut. Kalau korang tinggal di Sungai Petani Kedah, mesti korang tahu kan dimana letaknya Highway tersebut kan? Siapa yang tak tahu tu, maknanya bukan orang sini la, hahaha .. aku tau kisah ni sebab aku orang sini, dan sebab itu juga la aku nak kongsikan kepada korang yang tak tahu lagi misteri tentang jalan Highway tersebut.
Haaa, macam seram ja kan? Mesti korang dah tutup mata dah time ni sebab terlampau takut tengok tajuk yang aku tulis kan? Hahaha .. jangan takut, sebab ini hanyalah sebuah cerita saja dan kisah yang nak aku ceritakan ini adalah mengenai seorang kawan aku yang diganggu oleh satu makhluk ketika pulang daripada kerja. Kawan aku ni dia kerja kilang ja, nak cari duit lebih dia buat la over time sampai kadang-kadang tu, pukul 3,4 pagi baru balik rumah dan kalau nak balik ke rumah dia, mesti kena lalu dekat Highway tu.
Nak dijadikan cerita la kan, ada satu malam tu dia buat la over time macam biasa. Tapi kali ni dia balik agak lewat sikit dalam pukul 4 lebih macam tu la rasanya. Macam biasa, kalau nak balik mesti la kena lalu Highway Bujang tu dan kawasan highway tu pada waktu-waktu macam tu memang la tak ada kereta ataupun moto yang lalu. Jadi terpaksa la dia lalu juga kalau nak sampai ke rumah.
Kawan aku ni dia naik moto ja pi kerja sebab dia tak ada kereta, jadi dia pun lalu la dekat highway tu dengan ditemani oleh motosikalnya tengah-tengah malam macam tu. Nak dijadikan cerita, time dia sampai dekat kawasan kubur lama yang terletak ditepi highway tu, kawan aku ni rasa macam ada suatu Benda terjun dekat belakang moto dia. Rasa macam ada benda berat sedang menumpang moto dia.
Misteri Jalan Highway Bujang Bermula
Kawan aku ni pun dah rasa lain macam dah bila motonya semakin lama, semakin perlahan. Kawan aku ni dia tak toleh ke belakang sebab dia kata dia takut time tu. Jadi, dia teruskan juga la bawa moto dia, sampai la motonya memang betul-betul dah berat sangat nak berjalan, baru la kawan aku ni berhentikan moto dia. Kawan aku ni di tak terus pandang belakang macam tu ja, dia cuma tengok melalui cermin sisi moto tu ja.. korang nak tahu apa yang kawan aku ni nampak???!!!
Haaa .. apa lagi, kawan aku ni terus la START moto dia sambil melaungkan takbir raya dan memecutkan motonya sekuat hati dia. Sampai demam kawan aku ni gara-gara Benda tu kacau dia pada malam tu. Dekat 2 hari juga la dia ambil cuti tak pergi kerja, hahaha .. kesiannn. Bukan kawan aku ja yang pernah kena macam tu, ramai lagi yang pernah kena kacau dengan Benda tu time malam-malam.
Ada yang pernah kata depa pernah lihat ada kedai makan yang buka dekat situ malam-malam, padahal dekat kawasan tu mana ada kedai makan pun, yang ada dekat situ hanyalah pokok kelapa sawit dan kubur lama. Selalunya orang luar yang tak pernah datang kesitu la yang kerap nampak macam tu. Ada juga yang kata pernah nampak ada pasar malam dekat kawasan tu dan macam-macam lagi.
Apa yang penting sekali, kita kena selalu ingat Allah dan tawakkal kalau kita ditimpa kesusahan dan ketakutan ...
Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dari tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.(Al A’raf : 27)
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Misteri Jalan Highway Bujang