Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea
Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea ini adalah satu segmen yang dianjurkan oleh seorang rakan blogger yang bernama Nad Dea la agaknya, sebab segmen ni pun ada sebut nama tu kan? Hahaha... aku sebagai seorang lelaki yang sejati lagi cool telah mengisytiharkan bahawa, aku telah menyertai segmen ini, hahaha .. nampak tak kesungguhan aku didalam menyertai sesuatu segmen, walaupun ini adalah partama kali aku join segmen, hahaha.Sebelum aku menggunakan kuasa veto aku untuk menulis lebih banyak lagi ayat, baik aku bagitau korang seba-sedikit syarat-syarat untuk sertai segmen ni. Syaratnya cukup mudah lagi senang berdasarkan soalan yang diberikan oleh penganjur segmen ini.
Syarat Sertai Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea
- Mempunyai sebuah blog
- Follow blog nad yang tak berapa nak lawa ni dan like fanpage nad yang ada kat sidebar tu (kalau nak follow media sosial pun dialu-alukan).
- Tepek (copy paste) banner yang tak berapa nak comel kat atas tu dan linkkan ke entry ni
- Buat entry yang bertajuk "Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea"
- Dalam entry tersebut, nyatakan kenapa awak memilih untuk menggunakan url blog yang sekarang ni dan kenapa awak terjebak dalam dunia blogging ni
- Dah siap tulis entry, letakkan link entry awak tu di ruangan komen di entry segmen ni (komen di entry lain tak dikira)
Haa, dah baca dah kan syarat-syarat nya. Korang cuma perlu KLIK pada banner diatas tu saja, tak payah dok klik banner yang lain. Baiklah, sebelum aku merapu tahap super, baik aku jawab dulu pertanyaan yang diberikan oleh penganjur segmen terbabit,haha.
Kenapa Awak Memilih Untuk Menggunakan URL Blog yang Sekarang Ni
Ya, bagi menjawab soalan ini, aku telah mengambil masa selama berhari-hari untuk memikirkannya, dan ini adalah jawapan yang terhebat daripada aku. Sebab aku memilih url blog aku ini adalah kerana, aku sudah tak tahu nak letak url apa masa tu, kebanyakkan yang aku search time tu, semuanya dah ada yang punya. Jadi aku letak la nama BloggerJantan sebagai nama url blog aku, memandangkan, aku pun seorang lelaki yang berani dan kuat, hahaha. Mesti korang bangga kan, dengan nama tu???
Kenapa Awak Terjebak Dalam Dunia Blogging Ni
Haaa, untuk menjawab soalan ni pula, aku ambil masa hampir seminggu lebih untuk aku dapatkan jawapannya, dan ini adalah jawapan yang paling aku bangga menjawabnya. Kenapa aku boleh terjebak didalam kancah blogging ini adalah kerana, aku telah melihat kejayaan seorang kawan aku yang telah berjaya dalam usahanya membuat blog. Kini, pendapatan dia melalui blogging ni, mencecah ribuan ringgit tau, sebab tu la aku pun nak juga buat blog ni. Tapi, BloggerJantan ni adalah blog yang ke-6 aku, setelah 5 yang lagi masih berjalan operasinya, haha. BloggerJantan ni pun, baru beberapa hari ja aku buat, hahaha.
Aku tau, korang tak kisah pun dengan jawapan aku, tapi biar la, aku nak bagitau juga, haha.
PERHATIAN : TARIKH LUPUT SEGMEN INI ADALAH PADA 8 JUN 2015
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Segmen Blogwalking & Throwback By NaD Dea