Burung Merpati Kena Tahan Polis
Burung merpati kena tahan polis, haha. Dengar pun dah rasa lawak kan? Tapi kenapa burung merpati ni boleh kena tahan, mesti ada sebab kan? Kalau korang nak tau sebabnya, korang boleh baca dalam Sinar Harian, sebab aku pun baca kat situ, hahaha. Tapi memandangkan aku seorang yang berani lagi hebat, akan aku ceritakan kenapa burung tersebut boleh kena tahan dengan polis.
Kes ni berlaku dekat New Delhi, India. Pihak polis sana kata, depa tahan burung tersebut, sebab mengasyaki burung itu adalah pengintip. Tak, pasal-pasal burung tu kena tuduhan macam tu kan? haha. Burung tu dikatakan telah ditangkap oleh seorang budak yang berumur 14 tahun, selepas dia terjumpa tulisan misteri yang ditulis dalam bahasa Urdu bersama-sama dengan nombor telefon. Apa lagi, budak tu terus la hantar dekat polis.
Sebab Apa Burung Merpati Kena Tahan Polis
Pihak polis India kata, depa syak yang burung merpati tersebut adalah pengintip pihak Pakistan sebabnya, burung itu jarang dijumpai di India. Mesej yang depa jumpa dekat burung merpati tersebut merupakan satu tulisan Urdu yang ditulis dekat bahagian sayap, dan ada sejenis benda kecil dikeliling tengkok burung tersebut.
Tapi setakat ni, pihak polis India tak jumpa apa-apa lagi maklumat yang boleh depa kaitkan dengan aktiviti pengintipan, memandangkan hasil ujian X-Ray terhadap burung itu gagal menemukan apa-apa. Lagipun, pihak penyiasat pun tak dapat lagi mengenal pasti maksud yang ditulis pada sayap burung tersebut. Kalau ada yang pandai bahasa Urdu ni, boleh la korang pi sana tolong terjemahkan, hahaha.
Burung merpati tu pun kini diletakkan dibawah jagaan pihak polis India sebab mereka takut burung tersebut akan terbang balik ke Pakistan. Haaa, macam tu la kisahnya, hahaha. Macam-macam sekrang ni kan, burung pun boleh kena tahan dengan polis, lepas ni mungkin burung tu akan dibawa ke Mahkamah untuk dibicarakan. Hahahaha..
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Burung Merpati Kena Tahan Polis