Dunia Diancam Gelombang Haba
Dunia diancam gelombang haba sejak akhir-akhir ini. Tadi, aku ada terbaca satu artikal dekat Sinar Harian yang mengatakan, fenomena gelombang haba yang berlaku dekat India telah menyebabkan 2,300 orang mati akibat kepanasan. Haaa, tu la kuasa Allah yang perlu kita tahu. Menurut Sinar Harian juga, fenomena tu berlaku sejak bulan Mei lagi, dan pada bulan Jun ni la yang paling teruk sekali.Nasib baik la bumi Malaysia ni masih diturunkan hujan oleh Allah, walaupun negara Malaysia ni banyak amalan-amalan rasuah dan penyelewengan. Haa, kata Sinar Harian lagi, kawasan yang paling teruk sekali adalah di Andhra Pradesh yang mengakibatkan 42 orang mati dalam masa 24 jam saja. MasyaAllah .. dasyat betul kan?
India Diancam Gelombang Haba
Haaa, korang pernah pergi tak tempat tu? Mesti ada yang pernah kan, jadi korang mesti la tahu serba sedikit tentang persekitaran tempat tu kan? Aku pun, baru pertama kali dengar nama tempat tu, hahaha. Daripada 2,300 orang yang mati, hampir 1,719 orang yang mati, kebanyakkannya dekat Negeri Andhra Pradesh tu, yang selebihnya dikatakan mati dekat Telangana dan Odisha, aku pun tak tau kat mana tempat tu.
Ada lagi beberapa buah bandar yang mengatakan, suhu paling tinggi dicatatkan adalah 48 darjah celcius. Haaa, memang panas betul la kan, macam mana la keadaan kita dekat padang mahsyar nanti pun tak tahu la, semasa matahari dekat dengan kita macam yang Nabi pernah beritahu kepada kita :
Apabila kelak pada hari kiamat nanti, matahari akan didekatkan hingga tinggal beberapa jarak dari mereka, lalu mereka dibakar oleh terik matahari sehingga mengeluarkan peluh sesuai dengan amalan mereka; ada yang tenggelam dalam kebanjiran peluh sendiri hingga dua tumitnya, ada yang sampai pinggangnya dan ada juga yang tenggelam sapai di atas mulutnya.
(HR. Muslim dari Miqqad ra)
Haaa ..mudah-mudahan, kita diselamatkan oleh Allah la disana nanti, aminnn. Berbalik kepada tajuk kita tadi, menurut Jabatan Meteorologi India, mereka meramalkan bahawa hujan monsun akan mula melanda pada awal Jun ini, tapi ramalan mereka nampaknya tidak menjadi.
Haaa .. nampak tak, itu hanya lah ramalan manusia saja, yang tentukan hanyalah Allah s.w.t. saja. Baiklah, aku rasa sampai dekat sini saja la perkongsian aku untuk hari ni, memandangkan gadis-gadis di luar sana sedang menunggu untuk berdating dengan aku ni, hahaha.
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Dunia Diancam Gelombang Haba