Misteri Highway Laguna Merbok
Misteri Highway Laguna Merbok, haaa.. mesti korang tahu kan, dekat mana letaknya highway tersebut kan? Bagi orang yang tinggal dekat Sungai Petani Kedah, mesti depa tau punya dekat mana letaknya higway tersebut. Tapi, kalau orang luar tu, aku tak tau la, depa tau ka tak, mungkin depa tau agaknya, haha.Kenapa aku tulis tajuk yang macam ni? Haa, sebabnya adalah, memang aku nak tulis lama dah kisah highway Laguna Merbok ni, tapi memandangkan tidak sempat, jadi aku tangguhkan dulu, dan pada hari yang hujan ini, akan aku ceritakan kepada korang, satu kisah dimana seorang penduduk disitu, telah ternampak .... JENG.. JENGG.. JENGG.. !!!
Haaa, korang faham la kan, apa jeng-jeng tu kan? Hahaha ..kisah ni bukan la untuk aku menakut-nakutkan korang yang suka lalu kawasan tu pada waktu malam, tapi aku hanya nak beritahu saja mengenai kisah yang pernah terjadi kepada pengguna highway tersebut.
Kisah yang nak aku ceritakan ini, adalah berdasarkan cerita yang benar, yang aku ambil daripada kawan-kawan aku, dan juga kawan-kawan mak aku yang pernah melalui saat-saat menyeramkan di higway tersebut. Haaaa, mesti korang dah menangis dah kan, sebab terlampau takut sangat, hahaha.
Baiklah, sebelum aku lari daripada tajuk asal, baik aku ceritakan kepada korang, apa yang pernah terjadi kepada beberapa orang yang melalui kawasan highway tersebut. Kisah ni, aku ambil daripada seorang Mak Cik, yang juga kawan kepada mak aku. Senang cerita, aku panggil je mak cik supaya korang faham sikit nanti.
Baiklah, mak cik ni dia awal-awal pagi lagi akan keluar daripada rumahnya untuk menghantar kuih ke tempat-tempat berniaga. Selalunya, dalam pukul 5 lebih macam tu dia akan keluar dari rumah dia, yalakan sebab banyak kuih yang perlu dihantar, jadi dia pun keluar la awal sikit.
Ada la satu pagi ni, mak cik tu keluar awal daripada biasa, dalam pukul 5 macam tu la, sebab kereta dia rosak, jadi terpaksa la dia gunakan motosikal untuk menghantar kuih-kuih tersebut. Rumah mak cik tu terletak di Pulau Tiga, tepi highway Laguna tu ja. Korang pun tahu kan, Pulau Tiga tu kat mana. Jadi, lepas siap-siap apa semua, mak cik tu pun mula la hidupkan motosikalnya dan terus pergi. Pukul 5 pagi, mana la nak ada kereta lalu dekat highway tu, kalau ada pun sebuah dua ja yang lalu.
Jadi, bila tengah bawa moto tu, tetiba, mak cik tu rasa macam ada bunyi kain sedang berkibar-kibar dekat atas kepalanya. Korang pernah dengarkan, kalau bendera ataupun kain sedang ditiup angin bunyi macam mana? haaa, macam tu juga la mak cik tu dengar. Mula-mula, mak cik tu kata, dia buat-buat tak tahu ja.
Tapi, makin lama, makin kuat la pula bunyi kain tu berkibar. Mak cik tu mula la rasa lain macam, mula la dia teringat dengan cerita-cerita sebelum ni. Apa lagi, mak cik tu pun tengok la dekat atas, dan ternampak ..
Kisah Misteri Highway Laguna Merbok
Haa, macam tu la cerita mak cik tu yang aku dengar, time dia datang rumah aku baru-baru ini. Itu baru satu cerita, ada banyak lagi kisah tentang highway laguna tu yang masih menjadi misteri dan suspen kalau siapa yang lalu pada waktu malam.
Pernah juga ada orang ternampak ada pasangan orang tua selalu berjalan dekat kawasan pusat memandu tepi highway tu malam-malam. Ada juga yang pernah nampak ada makhluk putih dalam kawasan hutan dekat tepi highway tu dan macam-mcam lagi.
Dulu time aku kerja, selalu juga la ada roadblock polis dekat kawasan tu, tapi selalunya roadblock polis buat dekat kawasan cerah ja, jarang aku nampak depa buat roadblock dekat kawasan pusat memandu puaka tu, hahaha. Haa, macam tu la serba sedikit cerita aku yang paling seram tahun 2015 ini, haha.
Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Misteri Highway Laguna Merbok