Rani Kulup Jadi Popular Sekelip Mata

Rani Kulup Jadi Popular Sekelip Mata

Rani Kulup jadi popular sekelip mata saja. Korang kenal ke tak dengan Rani Kulup??? Hahaha .. jangan buat-buat tak kenal la, mesti korang adalah salah sorang peminat fanatik dia dalam diam-diam kan?, hahaha. Siapa yang tak kenal kan, dengan Rani Kulup. Beliau adalah salah seorang individu paling popular di media sosial pada masa kini, dengan isu-isu yang ditimbulkan oleh beliau. Kenapa dia boleh jadi popular dalam sekelip mata saja???

Haaa, ini lah yang menjadi salah satu pertanyaan yang paling hangat dalam Malaysia aku rasa, hahaha. Rani Kulup ni adalah seorang yang paling kuat membela kerajaan, dan selalu membuat kenyataan tentang isu-isu negara terutamanya mengenai politik dalam Malaysia ni. Kalau ada yang membangkang dia, mesti dia akan saman dan ajak bergaduh, hahaha. Aku pun risau jugak nak tulis pasal ni, mana la nak tahu, kot-kot dapat dikesan oleh dia nanti, mampus aku, huhuhu.

Tagline Kipidap Rani Kulup Jadi Popular Sekelip Mata


Tagline dia yang paling popular pada masa ini adalah #kipidap, yang telah menjadi viral dan popular dekat laman sosial, terutamanya dekat Facebook. Mula-mula aku pun hairan juga, kenapa ramai yang #kipidap ni. Tapi rupa-rupanya, itu adalah tagline Master Rani Kulup yang punya, hahaha. Tapi aku dengar sekarang, dia sudah jadi pelakon, betul ke? Tapi yang pastinya, bukan pelakon bagi drama Dia Isteri Luar Biasa, haha. Aku tak berapa pasti sangat la dia belakon drama ataupun iklan sempena hari raya ni, tapi yang aku pasti, dia memang ada melakukan kerja lakonan.

Rani Kulup Jadi Popular Sekelip Mata

Dalam satu video ada menunjukkan yang Rani Kulup ni tengah shooting untuk satu iklan rasanya, macam iklan sempena hari raya. Dalam video tu juga ada menunjukkan yang, pelakon lain dalam iklan tu, semuanya memakai baju melayu bewarna biru kecuali si Rani Kulup saja yang tetap memakai baju powernya. Ok la tu kan, mungkin ada bakat terpendam yang dia simpan selama ni sudah boleh dikeluarkan, hahaha.

Mana la nak tahu kan lepas ni mungkin ada pengarah nak ambil dia jadi hero Kl Gengster 4 ataupun Hero Filem Pilot Cafe pula, hahaha. Ok la, aku rasa cukup la dulu perkongsian aku setakat ni untuk hari ni, memandangkan kerisauan tahap super sekiranya Rani Kulup dapat mengesan artikal aku ni, hahaha. Bukan boleh kira dengan dia tu, dulu ada kes dia akan saman blogger-blogger yang mengeluarkan kenyataan yang mengutuk dia ataupun kerajaan, hahaha.

Tapi peduli apa aku kan, memandangkan aku pun seorang lelaki yang berani lagi cool, akan aku keluarkan lagi artikal mengenai Rani Kulup ni dimasa yang akan datang, hahaha. Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Rani Kulup Jadi Popular Sekelip Mata