Tawaran Hadiah RM2.4 Juta Untuk Anjing Hilang

Tawaran Hadiah RM2.4 Juta Untuk Anjing Hilang

Tawaran hadiah RM2.4 juta untuk anjing hilang. Haaa, itulah hadiah yang ditawarkan untuk mencari seekor anjing yang hilang di Beijing, China, haha. Aku dapat info ni pun melalui Sinar Harian yang aku terbaca secara tidak sengaja tadi. Kalau ada sapa-sapa yang berminat, boleh la pergi ke negara China untuk merebut hadiah tersebut, haha.

Apa yang ditulis dalam Sinar Harian tadi, mereka mengatakan bahawa, tuan anjing yang hilang itu telah membuat keputusan untuk menawarkan, sebuah rumah yang bernilai jutaan ringgit untuk sesiapa yang berjaya menjumpai anjing tersebut. Yala kan, memandangkan anjing tu adalah salah satu haiwan yang paling dia sayang, jadi dia pun buat keputusan untuk memberikan hadiah tersebut.

Tempat Terakhir Sebelum Anjing Hilang

Tawaran Hadiah RM2.4 Juta Untuk Anjing Hilang

Tuan anjing tersebut ada mengatakan bahawa, anjingnya itu hilang dekat sebuah stesen kereta api bawah tanah di Beijing. Haaa, itu adalah salah satu klu yang boleh korang gunakan untuk mencari anjing tersebut, sekiranya korang ada niat nak carinya, hahaha. Lepas notis kehilangan anjing tu tersebar, tuan punya anjing tersebut menerima pelbagai panggilan telefon yang mengatakan telah menjumpai anjing tersebut, namun kesemua yang dijumpai, bukan anjing miliknya.

Dalam Sinar Harian yang aku baca tadi, ada juga yang sanggup mengubah anjing lain menjadi seperti anjing yang hilang itu, gara-gara hadiah yang lumayan ditawarkan, hahaha. Sampai sanggup macam tu sekali, sebab nak kan hadiah tersebut. Lagipun, menurut Sinar Harian juga, tuan punya anjing tu pun sudah tak mahu meletakkan sebarang harapan lagi untuk menemui anjingnya itu.

Menurut sumber juga, pemilik anjing tu pun hanya tinggal bersama dengan anjingnya saja, memandangkan kedua-dua anaknya tinggal dekat luar negara. Jadi, tak hairan la kan kalau dia sanggup tawarkan hadiah yang cukup lumayan tu. Mungkin anjing tu la tempat dia meluahkan perasaan memandangkan umur pemilik anjing tu pun sudah 70 tahun.

Haaa, macam mana??? jumpa ataupun tidak, aku pun tak tahu la. Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Tawaran Hadiah RM2.4 Juta Untuk Anjing Hilang