Tempat Test Kelajuan Blog

Tempat Test Kelajuan Blog

Tempat test kelajuan blog, haaa .. mungkin ramai yang dah tahu kan, dekat mana nak test kelajuan sesebuah blog tu kan. Tapi, memandangkan hati aku telah berbunga-bunga pada hari ini, maka, aku ingin sangat berkongsi kepada korang semua satu tempat yang paling menarik untuk mencuba kelajuan blog korang, hahaha. 

Macam pakej percutian kan, padahal tajuk ni pun dah ramai yang buat, mungkin aku adalah orang yang ke ratus-ratus yang buat artikal macam ni, hahaha.

Penting ke kelajuan sesebuah blog ni bagi korang? Tapi bagi aku la, kelajuan sesebuah blog ni mungkin agak penting la bagi aku, sebabnya, ianya akan menambahkan bilangan pengunjung untuk masuk ke dalam sesebuah blog yang cepat loadingnya. 

Ada juga yang tidak mementingkan kelajuan sesebuah blog, kerana mungkin mereka sudah ada peminat tersendiri untuk membaca setiap artikal-artikal yang dikeluarkan. Macam aku ni lain la, peminat pun tak dak, tapi penggemar fanatik yang taksub ramai la, hahaha.

Baiklah, sebelum saka masuk dalam badan aku ni, baik aku cepat-cepat beritahu korang tentang tajuk kita yang sebenar. Sebenarnya, banyak tempat untuk test kelajuan blog ni, tapi yang ingin aku kongsikan kepada korang ni, adalah salah satu sistem yang boleh dipercayai kesahihan nya.

Caranya muah saja, korang cuma perlu pergi ke sini TEST SPEED BLOG
Haa, macam mana? boleh la korang tahu blog korang laju ataupun tidak kan. Menurut pakar-pakar, dan master-master dalam dunia blogger ni, kelajuan yang afdal adalah dibawah angka 5 second. Tapi kalau menurut Alexa pula, angka 2 second keatas adalah Very Slow, maknanya lambat la, haha.

Tapi bagi aku pula, angka 10 second kebawah pun sudah dikira laju dah loading nya. Mungkin ada yang tak mementingkan kelajuan loading blog ni, sebabnya macam aku beritahu tadi la, mereka mungkin sudah ada peminatnya yang tersendiri untuk membaca artikal yang mereka terbitkan.

Keputusan Test Kelajuan Blog BloggerJantan

Tempat Test Kelajuan Blog

Haaa, ini adalah ujian yang telah aku lakukan kepada blog aku tadi, memandangkan kerajinan aku untuk pada hari ini, hahaha. Kalau korang rasa tidak puas hati dengan keputusan ujian korang, korang boleh la cuba dekat speed test yang lain. Korang boleh cari ja dekat Google, banyak yang sediakan sistem speed test ni.

Haaa, aku rasa sampai disini saja penulisan aku tentang bab ni, memandangkan aku pun nak ke kedai beli tepung nak buat cucur pula lepas ni, hahaha. Aku tinggalkan korang dengan ucapan Assalammualaikum dan terima kasih kerana sanggup membaca dalam keadaan terharu entri aku yang bertajuk Tempat Test Kelajuan Blog